Jeng jeng jeng..
Alhamdulillah ke hadrat ilahi.
Kami tidak merancang tapi Allah telah beri rezeki ini dengan cepatnya.
Kalau ikutkan kami nak enjoy berdua dalam 2 tahun, hanya mampu bertahan 3 bulan lebih hidup berdua.
Melalui ikatan sah dan halal, ku akan menjadi mommy hasil perkahwinan dengan Muhammad Nazari.
Persiapan menyambut kelahiran anak pertama masih belum sedia.
Ramai tak sabar menantikan kelahiran anak sulung kami. Hehe feeling- feeling artis gitu. HAHAH
Sebenarnya, tuan punya badan boleh merasai hamil atau sebaliknya tapi ku ini malas nak ambil tahu.
Nak tunggu perut ni besar, baru surprise. hehehe
Tapi officemate tak sabar, terus ajak pergi gurdian beli pregnancy test.
Huh jelas, terang menerang color merah tu menunjukkan 2 bar positif pregnant.
Perasaan time test tu berdebar tapi cool. Kawan la yang extra excited, bagi pandangan dan pendapat.
Lepas 2 minggu kejadian menguji sendiri, baru pergi jumpa Doc untuk buat buku.
1st time masuk klinik terus Doc terus ajak scan.
Doc : Nampak tak itu?
Me : Apa tu?
Doc : Ini jantung.
Ops! 1st scan 7 Week sudah
Rutin sekali dalam sebulan mesti kena check-Up. Setiap kali
pergi check-Up kegembiraan terpapar di wajah hubby memang tak boleh selindung.
Lagi-lagi bila tahu jantina. Suka bukan main. Tak sabar nak mendidik atenya.
Perasaan
excited+nervous sering kali bersarang di hati. Lagi berapa bulan je due
maternity.
Dup dap dup
dap.. Adakala ku fikir kesakitan
bersalin dan adakah ku masih hidup selepas melahirkannya. Sampai kesini ku
fikirin. Huwaaaa… minta maaf pada yang mengenali diri ini. Kosong-kosong ye. Mohon doakan kesejahteraan ku dan kandungan ku ini.
Kini kehamilan
ku telah masuk 2nd trimester. Setiap bulan ku check-Up , memang akan
buat scan 2D.
Kali ini Doc
arah ku membuat DETAILS SCAN BABY [3D / 4D] dimana baby dalam kandungan ku
besar 2 minggu extra. Doc kata salah satu kemungkinan baka husband ku
penyebabnya.
In shaa Allah bulan ni akan buat details scan. Just booking online je.
Next story, i share to all of you bagaimana nak booking online.
Tak perlu walk in, jusk click-click je. Dapat diskaun lagi.
Scan 2D. 3 Month
“Dan kahwinilah
orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada
hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan
mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha
Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)
CONGRATS!! semoga dipermudahkan semuanya. Ameen!
ReplyDeleteAmin.. :)
ReplyDelete