Pages

Monday, August 11, 2014

Pregnancy test

Jeng jeng jeng..

Alhamdulillah ke hadrat ilahi.

Kami tidak merancang tapi Allah telah beri rezeki ini dengan cepatnya.

Kalau ikutkan kami nak enjoy berdua dalam 2 tahun, hanya mampu bertahan 3 bulan lebih hidup berdua.

Melalui ikatan sah dan halal, ku akan menjadi mommy hasil perkahwinan dengan Muhammad Nazari.
Persiapan menyambut kelahiran anak pertama masih belum sedia.
Ramai tak sabar menantikan kelahiran anak sulung kami.  Hehe feeling- feeling artis gitu. HAHAH


Sebenarnya, tuan punya badan boleh merasai hamil atau sebaliknya tapi ku ini malas nak ambil tahu.
Nak tunggu perut ni besar, baru surprise. hehehe
Tapi officemate tak sabar, terus ajak pergi gurdian beli pregnancy test.



Huh jelas, terang menerang color merah tu menunjukkan 2 bar positif pregnant.
Perasaan time test tu berdebar tapi cool. Kawan la yang extra excited, bagi pandangan dan pendapat.
Lepas 2 minggu kejadian menguji sendiri, baru pergi jumpa Doc untuk buat buku.
1st time masuk klinik terus Doc terus ajak scan.

Doc  : Nampak tak itu?
Me    : Apa tu?
Doc  : Ini jantung.

Ops! 1st scan 7 Week sudah

Huwaa.. hati ni rasa betul ke dalam badan ni ada baby. Rasa time tu tak tahu nak share camne. Korang yang lalui je rasa ape yang ku rasa time ini.

Rutin sekali dalam sebulan mesti kena check-Up. Setiap kali pergi check-Up kegembiraan terpapar di wajah hubby memang tak boleh selindung. Lagi-lagi bila tahu jantina. Suka bukan main. Tak sabar nak mendidik atenya.

Perasaan excited+nervous sering kali bersarang di hati. Lagi berapa bulan je due maternity.
Dup dap dup dap..  Adakala ku fikir kesakitan bersalin dan adakah ku masih hidup selepas melahirkannya. Sampai kesini ku fikirin. Huwaaaa… minta maaf pada yang mengenali diri ini. Kosong-kosong ye. Mohon doakan kesejahteraan ku dan kandungan ku ini.

Kini kehamilan ku telah masuk 2nd trimester. Setiap bulan ku check-Up , memang akan buat scan 2D.


Kali ini Doc arah ku membuat DETAILS SCAN BABY [3D / 4D] dimana baby dalam kandungan ku besar 2 minggu extra. Doc kata salah satu kemungkinan baka husband ku penyebabnya. 

In shaa Allah bulan ni akan buat details scan. Just booking online je.
Next story, i share to all of you bagaimana nak booking online.
Tak perlu walk in, jusk click-click je. Dapat diskaun lagi.

Scan 2D. 3 Month

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)

2 comments: